skip to main |
skip to sidebar
Mengimbau kembali cerita2 hidup pada masa lalu, bermacam perasaan hadir dalam diri. Kita terkadang takut untuk mengingatinya kerana mungkin ia bisa meruntuhkan tembok kekuatan yang kita ada. Akan jatuhnya airmata.. bersama luluhnya hati kita.
Setiap kenangan yang telah terpahat, akan terus kekal dan tetap kita ingat. Biar bertahun lama.. ada waktunya ia hadir semula. Dan munculnya tanpa dirancang.. tanpa kita inginkan. Ia hadir dalam sepi diwaktu rindu itu menebal di hati.
Melupakan kisah silam mungkin mustahil utk kita lakukan. Kita perlu bersyukur kerana pernah melaluinya.. dan kini kita berdiri dipentas milik sendiri.
Biar sepahit mana pun setiap kenangan.. mengingatinya adalah muhasabah pada diri. Menyedarkan kita akan siapa kita sebenarnya.
Semalam penulis bermimpi.
Seorang kanak2 perempuan menerpa ke arah penulis & memeluk erat penulis.
Gayanya seperti dia tidak mahu berpisah dari penulis.
Bagai meminta simpati dan mengharap penulis tidak berjauhan darinya.
Penulis terpaku.. tak mampu berkata2 dan tak mampu berbuat apa2.
Hanya membiarkan sahaja pelukan yang kejap & erat itu...
Antara kami sepertinya ada suatu ikatan, cuma penulis tak pasti tentangnya.
Perkara yang sama berulang lagi untuk kali kedua..
cuma situasinya berbeza. Suara ayah & ibu memanggilnya dari dalam kereta
langsung tak diendah. Makin kuat suara memanggil, makin erat pelukannya.
Apa yang pasti, pelukan itu berkesan hingga ke hati.
Biarpun penulis sudah tersedar dari mimpi.